Ahad, 27 September 2015

STRATEGI PERLAKSANAAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)



Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Keluarga

Perlaksanaan
Agenda Integriti

   - Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga.


   - Keluarga ialah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya.


   -  Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia.


   - Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani.


   -  Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.


Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti

Pelaksanaan
Agenda Integriti

   -  Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Keluarga berkait erat dengan Agenda Integriti untuk Komuniti. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baharu. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi.

   -  Terdapat pertubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Rukuk Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menangani gejala sosial. Juga terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat mengaji Al-Quran, dan institusi ibadat.

   -  Kesemua pertubuhan dan institusi akar umbi ini ialah saluran penting yang boleh menyemai nilai-nilai murni serta memupuk etika anggota komuniti dan warganegara.


   -  Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti.

   -  Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti.

   -  Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.




Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil

Pelaksanaan
Agenda Integriti

  -  Ruang antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar , khususnya Negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi , perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi , ruang masyarakat sivil semakin berkembang.

  -  NGO berperanan sebagai rakan kepada kerajaan dalam menangani pelbagai isu seperti gejala sosial, keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta isu kepenggunaan da alam sekitar. Ruang untuk mereka bergerak perlu diperluaskan.

   -  Peningkatan integriti masyaraakat sivil-badan bukan kerajaan (NGO).

   -  Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti.

   -  Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.




Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosiobudaya

Perlaksanaan
Agenda Integriti
   -  Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap.

   -   Komponen lain sosiobudaya seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan Negara. Kesemua komponen tersebut juga menyemai nilai-nilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti. Justeru, komponen-komponen ini perlu digemblengkan dalam usaha pemantapan integriti.
   -   Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti.

   -  Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani.


   -   Pemantapan nilai-nilai murni , perpaduan dan pembentukan indentiti warganegara.




Perlaksanaan Agenda Integriti untuk institusi Agama

Perlaksanaan

Agenda Integriti
   -  Institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan Negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. Ia juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran.
   -  Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia tidak harus menjadi masalah sekiranya pelbagai isu ditangani dengan baik. Justeru, sikap saling menghormati, saling memahami dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.
   - Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama.

   -  Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama.

   -  Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.


Perlaksaan Agenda Integriti untuk institusi Ekonomi

Perlaksanaan

Agenda Integriti
   -  Terdapat organisasi yang mewakili kepentingan pekerja. Organisasi ini memainkan peranan memelihara hubungan yang membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan.
                                                                  
   -  Perkembangan-perkembangan seperti amalan rasuah , skandal dan terlampau mengejar keuntungan menegaskan satu hakikat pokok bahawa peningkatan etika dan integriti amat perlu diterapkan dalam bidang ekonomi.

   -  Prinsip tadbir urus terbaik perlu menjadi nadi dan jiwa sektor swasta. Pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah penting agar gejala negatif dapat dibendung, peluang pekerjaan diperbanyak, kemakmuran dapat dikekalkan.
   - Pemantapan integriti sektor korporat.

   - Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawapan sosial.

   -  Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika

   - Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.




Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik

Perlaksanaan

Agenda Integriti
   -  Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan pemerintahan dipilih melalui pilihan raya. Sistem ini menggabungkan institusi raja berpelembagaan dengan sistem pemerintahan berparti pada peringkat pusat dan negeri pilihan raya dijalankan secara berkala. Sistem ini, terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Sistem ini perlu dipertahankan dan dikembangkan manakala pelbagai kelemahan dan kekurangannya diperbaiki.

   -  Sistem politik berparlimen, sistem pilihan raya, parti politik, serta jentera pentadbiran merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan Negara. Oleh sebab kesemuanya terlibat dalam pengurusan kuasa yang memberikan kesan keatas kemajuan masyarakat dan Negara maka integriti kesemua institusi ini ternyata sangat penting.

   - Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutama bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat.
   -  Pengekalan keluhuran perlembagaan dan sistem politik Negara.

   - Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur.

   -  Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri.


   -  Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.


Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Pentadbiran

Pelaksanaan
Agenda Integriti
   -  Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan Negara. Pentadbiran merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

   - Pentadbiran sektor awam ialah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan Negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh itu, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani.

   -  Terdapat masalah pertembungan bidang kuasa antara bidang pentadbiran dengan bidang politik. Akibatnya pihak pentadbir merasakan bidang politik mencampuri urusan mereka manakala bidang politik pula menganggap mereka mempunyai hak untuk menyertai kerana mereka mendapat mandat daripada rakyat. Persoalan ini perlu diteliti dan sebarang konflik antara bidang pentadbiran dengan politik diharmonikan.
   - Pemantapan prinsip ketulusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

   - Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

1 ulasan: