Ahad, 27 September 2015

PENGENALAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL NEGARA

              Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

               Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.          
                
                Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

OBJEKTIF

          Objektif PIN ialah memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Selain itu, meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integritisupaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang. Seterusnya, menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti danbergerak cergas menegakkan integriti.

          Disamping itu, PIN juga menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat. Selain itu, PIN telah meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

FALSAFAH PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

               PIN menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal, progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN juga dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 kearah mewujudkan sebuah Negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.

                PIN turut mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan Negara Malaysia. PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman Negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

KONSEP PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

                 PIN memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan Negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan Negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekali gus negara yang berintegriti.

                  PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. PIN memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka.

STRATEGI PERLAKSANAAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)



Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Keluarga

Perlaksanaan
Agenda Integriti

   - Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga.


   - Keluarga ialah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya.


   -  Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia.


   - Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani.


   -  Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.


Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti

Pelaksanaan
Agenda Integriti

   -  Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Keluarga berkait erat dengan Agenda Integriti untuk Komuniti. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baharu. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi.

   -  Terdapat pertubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Rukuk Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menangani gejala sosial. Juga terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat mengaji Al-Quran, dan institusi ibadat.

   -  Kesemua pertubuhan dan institusi akar umbi ini ialah saluran penting yang boleh menyemai nilai-nilai murni serta memupuk etika anggota komuniti dan warganegara.


   -  Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti.

   -  Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti.

   -  Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.




Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil

Pelaksanaan
Agenda Integriti

  -  Ruang antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar , khususnya Negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi , perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi , ruang masyarakat sivil semakin berkembang.

  -  NGO berperanan sebagai rakan kepada kerajaan dalam menangani pelbagai isu seperti gejala sosial, keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta isu kepenggunaan da alam sekitar. Ruang untuk mereka bergerak perlu diperluaskan.

   -  Peningkatan integriti masyaraakat sivil-badan bukan kerajaan (NGO).

   -  Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti.

   -  Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.




Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosiobudaya

Perlaksanaan
Agenda Integriti
   -  Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap.

   -   Komponen lain sosiobudaya seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan Negara. Kesemua komponen tersebut juga menyemai nilai-nilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti. Justeru, komponen-komponen ini perlu digemblengkan dalam usaha pemantapan integriti.
   -   Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti.

   -  Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani.


   -   Pemantapan nilai-nilai murni , perpaduan dan pembentukan indentiti warganegara.




Perlaksanaan Agenda Integriti untuk institusi Agama

Perlaksanaan

Agenda Integriti
   -  Institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan Negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. Ia juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran.
   -  Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia tidak harus menjadi masalah sekiranya pelbagai isu ditangani dengan baik. Justeru, sikap saling menghormati, saling memahami dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.
   - Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama.

   -  Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama.

   -  Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.


Perlaksaan Agenda Integriti untuk institusi Ekonomi

Perlaksanaan

Agenda Integriti
   -  Terdapat organisasi yang mewakili kepentingan pekerja. Organisasi ini memainkan peranan memelihara hubungan yang membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan.
                                                                  
   -  Perkembangan-perkembangan seperti amalan rasuah , skandal dan terlampau mengejar keuntungan menegaskan satu hakikat pokok bahawa peningkatan etika dan integriti amat perlu diterapkan dalam bidang ekonomi.

   -  Prinsip tadbir urus terbaik perlu menjadi nadi dan jiwa sektor swasta. Pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah penting agar gejala negatif dapat dibendung, peluang pekerjaan diperbanyak, kemakmuran dapat dikekalkan.
   - Pemantapan integriti sektor korporat.

   - Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawapan sosial.

   -  Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika

   - Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.




Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik

Perlaksanaan

Agenda Integriti
   -  Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan pemerintahan dipilih melalui pilihan raya. Sistem ini menggabungkan institusi raja berpelembagaan dengan sistem pemerintahan berparti pada peringkat pusat dan negeri pilihan raya dijalankan secara berkala. Sistem ini, terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Sistem ini perlu dipertahankan dan dikembangkan manakala pelbagai kelemahan dan kekurangannya diperbaiki.

   -  Sistem politik berparlimen, sistem pilihan raya, parti politik, serta jentera pentadbiran merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan Negara. Oleh sebab kesemuanya terlibat dalam pengurusan kuasa yang memberikan kesan keatas kemajuan masyarakat dan Negara maka integriti kesemua institusi ini ternyata sangat penting.

   - Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutama bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat.
   -  Pengekalan keluhuran perlembagaan dan sistem politik Negara.

   - Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur.

   -  Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri.


   -  Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.


Perlaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Pentadbiran

Pelaksanaan
Agenda Integriti
   -  Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan Negara. Pentadbiran merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

   - Pentadbiran sektor awam ialah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan Negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh itu, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani.

   -  Terdapat masalah pertembungan bidang kuasa antara bidang pentadbiran dengan bidang politik. Akibatnya pihak pentadbir merasakan bidang politik mencampuri urusan mereka manakala bidang politik pula menganggap mereka mempunyai hak untuk menyertai kerana mereka mendapat mandat daripada rakyat. Persoalan ini perlu diteliti dan sebarang konflik antara bidang pentadbiran dengan politik diharmonikan.
   - Pemantapan prinsip ketulusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

   - Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

Isnin, 14 September 2015

KEJAYAAN PELAN INTEGRITI NASIONAL


  • Mengurangkan gejala rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa dengan lebih berkesan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditubuhkan pada tahun 2009 bersempena dengan revolusi daripada Konvensyen Intergriti Nasional. Dengan adanya SPRM ini, penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat diatasi. 

  • Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan perkhidmatan awam dan mengatasi masalah birokrasi
Sistem penyampaian perkhidmatan awam telah bertambah baik dalam banyak aspek berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui forum dan dialog berterusan yang kerap diadakan.Perincian I-PIN dalam fasa kedua menunjukkan peningkatan yang konsisten iaitu sebanyak 0.1. Jabatan Audit Negara telah melakukan analisis indeks akauntan yang mencatatkan peningkatan dalam permarkahan agensi-agensi kerajaan. Tahun 2012 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 131 agensi yang mendapat 4 bintang berbanding dengan hanya 20 agensi pada tahun 2008.

  • Meningkatkan tanggungjawab sosial korporat
Dalam meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat , penubuhan Ikrar Integriti Korporat (CIP) telah dilaksanakan dalam usaha untuk mengalak tadbir urus yang baik dan memerangi gejala rasuah. Selepas 4 tahun perlaksanaannya, CIP telah memperolehi sebanyak 3000 peserta korporat dan yang terbaharu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah bersatu untuk mematuhi dan melaksanakan tadbir urus yang terbaik dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka seperti mematuhi prosedur yang betul dalam penjualan dan urusan pembelian.

  • Mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat
Membangunkan golongan belia tanpa mengabaikan golongan belia ialah salah satu dasar yang telah dibentuk mendidik golongan ini dalam mempersiapkan diri mereka untuk menjadi individu berkualiti. Salah satu langkah yang diambil adalah dengan memastikan pelajar yang baru mendaftar di universiti awam diperkenalkan dengan modul integriti sebagai sebahagian daripada proses pendidikan awal mereka. Pada peringkat yang akan datang, IIM akan melanjutkan pengenalan kepada integriti di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

KESIMPULAN

Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

GALERI


Perasmian pada 23 april 2004



Ulang tahun PIN ke-10



Ulang tahun PIN ke-10